Ads 468x60px

Monday, 22 April 2013

TENTANG UDANG GALAH


Tentang Udang Galah

Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.

Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala - guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh.

Pilihan lain - jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam. Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.

Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah. Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa.

Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit. Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti.

Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin. Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.

Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri. Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5 kilogram sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50 gram hingga 500 gram.

Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya udang galah tidak begitu 'terasa' beban ketika mengunyah umpan. Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang. Saya biasanya menggunakan mata kail no 6 hingga no 8 kerana saiz ini paling sesuai. Banyak jenis dan saiz mata udang yang boleh di temui di pasaran tempatan.

Tuesday, 16 April 2013



Kelab Jenggo Ulul Albab menerjah Kuala Sungai Rompin.. Rombongan seramai 8 orang disertai Paleq,Muslim,Idin,Amin,Bg Lan,Jimbet,Along dan Ateh..

Kami memulakan perjalan pada jam 6 petang,melalui jalan Palong,seterusnya ke Muadzam dan Rompin..
Bermalam di De' Rhu Celet dengan bayaran RM 170 bagi sebuah celet yang boleh tahan cantiknya..

Misi kami kali ini menggunakan 3 buah bot, menyelusuri sungai Kuala Rompin yang dipercayai kaya dengan khazanah yang bersepit biru..walaupun hujan turun pagi sabtu 6/4/2013,ianya tidak membantutkan keghairahan pemburu jenggo yang bersemngat kental ini..Hasilmya...

Monday, 15 April 2013

PETUA


    

Maksud Petua
Petua ialah satu kaedah, amalan, perbuatan yang bertujuan lazimnya untuk satu maksud dan tujuan tertentu supaya ianya memberi faedah yang bersesuaian dengan maksud dan tujuan dimana ianya belum dapat di huraikan secara ilmiah. Biasanya ia bersumber dari pengalaman, ilham dan penyampain dari mulut ke mulut. Oleh yang demikian ia hanyalah sekadar satu usaha dan panduan untuk tujuan tertentu disamping melakukan usaha yang sebaiknya.

KHASIAT UDANG


KHASIAT UDANG 

UDANG telah dicap sebagai makanan laut yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya?

Pada tahun 1996, satu kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati, kolesterol yang terkandung dalam udang sebenarnya tidak mengundang ataupun memberikan kesan yang tidak baik kepada penerimaan kolesterol dalam tubuh badan.

Pengarah dari Center for Human Nutrition, Universiti California-Los Angeles, David Heber yang juga penulis buku What Color Is Your Diet? Berpendapat, “Udang telah lama dikategorikan sebagai makanan yang menyumbang kolesterol yang tinggi, dan saya sendiri tidak faham kenapa? Ramai orang, termasuklah sesetengah doktor juga mempercayai mitos tersebut. Menurutnya, kandungan kolesterol yang terkandung dalam darah setelah banyak makan udang sedikit pun tidak menjejaskan kesihatan seseorang.

Udang juga kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 dan juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan juga tembaga.



Kolesterol yang dimaksudkan ialah kolesterol ‘baik’ (HDL) akan meningkat dalam darah berbanding kolesterol ‘tidak baik’ (LDL) lemak yang terkandung dalam udang adalah baik dan berguna untuk kolesterol. Kolesterol dalam darah yang terbahagi kepada dua, iaitu LDL dan HDL mempunyai fungsi memasing-masing.

ILMU TENTANG UDANG


ILMU UDANG



1. Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.

Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala - guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh. 
Pilihan lain - jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam. Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.
2. Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah. Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa.

JENIS-JENIS UDANG DI DUNIA

1. Udang Jenis Albino- dikatakan udang jenis ini hanya ada 1 dalam 100 juta jenis udang !



2. Udang jenis ini diberi nama SLIPPER LOBSTER



3.Black Squat Lobster... itulah nama yang diberi kepada jenis udang ini. Ia boleh dijumpai di Laut Mediterenean dan Atlantik.